rasputin-1

ADAKAH anda ingin atau bercita-cita untuk menjadi seorang lelaki yang terkenal tetapi akhirnya penuh dengan sifat kejam dan digeruni? Jika ya, ia tidak mungkin berlaku secara spontan. Apabila menyebut nama Vlad the Impaler atau Pope Innocent lll, tidak ramai yang tahu siapa gerangan lelaki ini dan apa keistimewaannya. Tetapi jika disebut Rasputin, secara spontan tergambar di fikiran kita tentang keperkasaannya sebagai seorang lelaki yang digambarkan memiliki zakar sepanjang 13 inci. Bukan sahaja anak dara sunti jatuh ke pangkuannya malah karismanya berjaya meruntun hati permaisuri Rusia. Dilahirkan di Siberia pada tahun 1872, Rasputin atau nama sebenarnya Grigori Yefimovich Rasputin adalah seorang lelaki yang berkarisma, kejam, gila seks dan sanggup membunuh untuk mencapai tujuan dan matlamat yang diinginkannya.

Sewaktu muda, Rasputin sudah dididik untuk menjadi paderi di biara gereja di Siberia. Disebabkan sikapnya yang agresif serta berani, beliau telah mencipta agama baru dan berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli sihir yang mampu merawat penyakit serta menjadi tukang tilik. Kelebihan dan keistimewaan itu telah membawa Rasputin keluar dari Siberia.

rasputin-3

Rasputin kemudian berpindah ke ibu negara Rusia ketika itu St.Petersburg dan menjadi bomoh. Secara kebetulan, anak lelaki Raja Tsar Nicholas 11, Alexis menghidap penyakit hemofilia atau masalah pendarahan tanpa henti. Bagi masyarakat diraja Rusia, penghidap penyakit ini dikatakan tidak memberi kebaikan atau tuah kepada keluarga diraja serta negara. Di sini, Tsar berdepan dengan dua masalah, pertama memulihkan penyakit puteranya, juga pewaris takhta dan yang kedua merahsiakannya daripada pengetahuan masyarakat.

Ketika itu, Rasputin menawarkan dirinya untuk merawat penyakit Alexis dengan menggunakan kuasa ajaibnya dan jampi menteranya. Setelah berjaya menyembuhkan Alexis dan berjaya menyembunyikan daripada pengetahuan masyarakat, Tsar Nicholas merasa terhutang budi, Rasputin kemudian diberi penghargaan tertinggi untuk tinggal di istana bersama-sama ahli keluarga Romanov yang lain. Di sinilah Rasputin dikatakan mengambil banyak kesempatan untuk memenuhi keinginan seksnya yang luar biasa termasuk menggoda dan berjaya meniduri permaisuri Tsarina Alexandra, tanpa pengetahuan Tsar Nicholas dan orang-orang istana lain.

rasputin-2

Dari segi fizikal, Rasputin sangat dikenali dan sering dikaitkan sebagai objek seks. Dikhabarkan, Rasputin mempunyai zakar sepanjang 13 inci serta menjadi kegilaan kalangan wanita ketika itu. Rasputin dikatakan telah melayani hampir ribuan wanita sepanjang hidupnya. ltu tidak termasuk lagi kalangan pekerja-pekerja istana serta keempat-empat anak dara Raja Tsar, Olga, Tatiana, Maria dan Anastasia.

rasputin-5

Disebabkan keberanian dan kebijaksanaan yang dimilikinya, Raja Tsar telah melantik Rasputin menjadi penasihat politik serta pentadbiran negara. Namun disebabkan kepimpinan, karisma serta popularitinya sebagai objek seks, telah mengundang perasaan cemburu dalam kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan dan ahli keluarga diraja lain. Berikutan itu, beberapa ahli kerajaan yang tidak senang dengan kedudukan dan keakraban beliau dengan Tsar Nicholas telah merancang untuk menjatuhkannya.

Ramai kalangan musuhnya percaya bahawa kejayaannya menguasai kerajaan dan istana adalah kerana beliau menggunakan kuasa sihirnya. Kuasa ini juga dipercayai telah digunakan untuk menarik perhatian golongan wanita menyukainya.

Pada tahun 1915, ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Tsar Nicholas terpaksa mengambil alih tugas sebagai pemerintah tentera, meninggalkan permaisurinya, Tsarina Alexandra rmenguruskan hal ehwal pentadbiran istana di bawah nasihat Rasputin. Peluang ini telah diambil oleh musuh musuh untuk menjatuhkannya dengan merancang satu konspirasi bagi rnenamatkan riwayatnya.

Antara perancangan yang dibuahkan oleh musuhnya adalah dengan meracuni Rasputin. Memandangkan sebahagian besar orang-orang kenamaan ketika itu berjuang di medan perang, tugas untuk membunuh Rasputin diserahkan kepada Putera Filex Yusupov, seorang pengamal homoseksual yang juga mengaku pernah diliwat oleh Rasputin.

Pada 16 Disember 1916, Felix cuba memberi pastri yang mengandungi racun kepada Rasputin. Rasputin menolak dengan alasan ia terlalu manis. Tanpa berputus asa, Felix menuangkan wine yang juga sudah bubuh racun. Beliau juga menolak. Kecewa dengan penolakan itu, Felix meninggalkan Rasputin keseorangan. Ketika itu Felix berjumpa dengan rakan-rakannya untuk mencari kata sepakat memilih jalan terbaik untuk membunuh Rasputin.

Agak memeranjatkan Felix, sewaktu dia melangkah masuk ke ruang tamu dia melihat Rasputin begitu berselera memakan pastri sambil meneguk wine yang sudah dibubuh dengan racun itu. Felix menarik nafas lega dan hanya menunggu saat racun itu membinasakan Rasputin. Felix menunggu dan terus menunggu sehinggalah menjelang petang di mana Rasputin langsung tidak menunjukkan kesan kena keracunan.

Didorong rasa kecewa, Felix mengambil keputusan sendiri, mencapai senapang simpanannya lalu menembak Rasputin yang mengena tepat di bahagian dada. Rasputin terus rebah di depan Felix.Kematiannya disambut gembira oleh Felix serta musuh-musuhnya. Bagaimanapun, perkara ini tidak sampai ke pengetahuan Tsar Nicholas.

Apa yang menghairankan, walaupun tubuh Rasputin dibungkus di dalam sebuah beg kanvas, mereka mendapati Rasputin masih lagi bernyawa. Mungkin ia disebabkan oleh kuasa silhir yang dimilikinya. Felix kemudian bertindak memotong zakar Rasputin dan mencampakkannya ke dalam sungai. Setelah badannya ditemui beberapa hari selepas kejadian itu, Rasputin didapati masih lagi hidup.

Walaupun kisah Rasputin sudah lama berlalu, banyak persoalan yang sehingga kini masih menghantui ahli sejarah. Antaranya ialah kenapa Rasputin diracun oleh Felix?. Siapakah identiti Felix yang sebenamya?. Mengapa ujian autopsi yang dijalankan ke atas mayat Rasputin mendapati tiada sebarang unsur racun?

Kenyataan bahawa zakar Rasputin telah dipotong juga boleh dipersoalkan. Ini kerana, berdasarkan laporan autopsi yang dijalankan, tiada sebarang organ yang dilaporkan hilang atau terpisah daripada Rasputin selepas pembunuhan itu. Misteri kehilangan zakar Rasputin menjadi bualan hangat seluruh dunia. Pelbagai andaian serta kajian telah dibangkitkan bagi menjawab persoalan ini adakah benar zakar Rasputin telah dipotong?

rasputin-4

Seorang wanita British telah menjalankan satu kajian saintifik dan mendapati bahawa zakar Rasputin telah ghaib dan bertukar menjadi timun laut. Kalau benar, alangkah menariknya cerita ini. Sementara sebuah muzium di Amerika Syarikat juga mendakwa memiliki zalkar Rasputin yang sudah diawet.